HELAIAN KETERANGAN PRODUK
IKHLAS SAVING TAKAFUL.
Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil “IKHLAS Saving Takaful”. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am.
1. Produk apakah ini?
Ini merupakan jenis pelan pelaburan yang menyediakan perlindungan terhadap kematian dan ketidakupayaan menyeluruh sebelum tarikh matang sijil.
2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai?
Tabarru’ –Peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain.
Wakalah – Peserta memberi kebenaran kepada Takaful Ikhlas Sendirian Berhad untuk mewakili dirinya dalam mengendalikan urusan berkaitan Takaful seperti, menyediakan perlindungan atau membuat pelaburan bagi pihaknya. Konsep ini membolehkan penggunaan perantara bagi memenuhi kehendak pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan yang lebih baik kepada peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara teratur.
3. Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan?
Apabila berlakunya kematian atau ketidakupayaan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu, terhadap peserta dalam tempoh sijil berkuatkuasa, Jumlah Perlindungan (SC) termasuk jumlah terkumpul di dalam PIA akan dibayar kepada penama peserta atau waris terdekat.
4. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu dibayar?
Jumlah caruman yang perlu dibayar mungkin berbeza bergantung kepada keperluan pengunderitan, umur, tempoh dan jumlah perlindungan yang dipohon. Contohnya:
Jumlah Perlindungan : RM50,000
Jantina : Perempuan
Umur : 37 tahun
Tempoh : 20
Sumbangan : RM923.50 (Tahunan)
5. Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar?
Berdasarkan contoh di atas, berikut adalah yuran dan caj yang perlu dibayar:
Jenis
Yuran Wakalah
Tahun Pertama : 73%
Tahun Kedua : 47%
Tahun Ketiga : 28.5%
Tahun Keempat : 27.5%
Tahun Kelima : 17.5%
Tahun Keenam : 17.5%
Duti Setem RM10
6. Apakah terma dan syarat utama yang perlu dikehtahui?
Kepentingan pendedahan – anda perlu mendedahkan ke semua fakta matan seperti keadaan kesihatan. (Akta Takaful 1984-sek 28)
Tempoh Khiyar – Anda boleh membatalkan sijil dengan mengembalikan sijil tersebut kepada pihak syarikat dalam tempoh 15 hari dari tarikh pengeluaran sijil tersebut. Sumbangan yang telah dibayar (selepas ditolak dengan jumlah perbelanjaan perubatan –sekiranya ada) akan dikembalikan.
7. Apakah pengecualian utama yang terdapat di dalam sijil ini?
* PENGECUALIAN BAGI KEMATIAN
Tiada sebarang manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian terhadapat Pemilik Sijil atau Peserta atau kedua-duanya jika kematian berpunda dari Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), Penyakit Berkaitan AIDS atau Penyakit melalui Jangkitan Seksual atau nyawa pemilik sijil dan/atau peserta atau kedua-duanya, diambil oleh pengurusan undang-undang atau bila pemilik sijil dan/atau peserta atau kedua-duanya mati akibat penglibatan diri dalam akta yang melanggar undang-undang dan/atau jenayah.
* BUNUH DIRI
sekiranya pemilik sijil atau peserta, samada waras atau tidak, membunuh diri, sijil akan terbatal dan Syarikat akan memulangkan baki dari PIA dan/atau PRIA.
8. Bolehkah sijil ini dibatalkan?
Ya boleh. Sekiranya pembatalan dibuat selepas 15 hari dari tempoh ehsan, sebarang jumlah di dalam PIA akan dipulangkan kepada anda.
9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat
untuk dihubungi?
Sekiranya terdapat perubahan maklumat , sila maklumkan kepada kami jika terdapat pertukaran alamat bagi memastikan urusan surat-menyurat berjalan lancar.
10. Bagaimanakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Keluarga, sila kunjungi laman sesawang kami di www.takaful-ikhlas.com.my atau http://www.insuranceinfo.com.my/
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:
Takaful Ikhlas Sdn Bhd
4th Floor Bangunan Takaful Ikhlas
14 Jalan 19/1
47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-78011488
11. Produk seumpama yang boleh didapati?
Ikhlas Lifestyle Takaful
Ikhlas Education Classic Takaful
Ikhlas Wanita Takaful
NOTA PENTING:
PENYERTAAN DI DALAM PELAN TAKAFUL KELUARGA ADALAH MERUPAKAN KOMITMEN KEWANGAN JANGKA PANJANG. ANDA HARUS MEMILIH JENIS SIJIL YANG BENAR-BENAR BERSESUAIAN DENGAN KEHENDAK ANDA. ANDA HARUS MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL INI DAN BERBINCANG DENGAN WAKIL ANDA ATAU BERHUBUNG TERUS DENGAN TAKAFUL IKHLAS SDN BHD UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT.
