Monday, May 4, 2009

“Kehidupan penuh dengan ketidaktentuan… Jadi, rancanglah dengan bijak untuk melindungi kehidupan anda yang tidak ternilai harganyA”

*IKHLAS SAVING TAKAFUL (I.S.T) dan *IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC (I.E.T.C)
*IKHLAS SAVING TAKAFUL (simpanan sambil perlindungan sekata)
1. DANA PENYAKIT KRITIKAL (40 jenis penyakit kritikal)
2. HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH (pampasan)
3. HILANG UPAYA SEPARA KEKAL (berdasarkan peratusan% hilang upaya)
4. ELAUN HARIAN HOSPITAL (mengikut hari, sebarang sebab kecuali bersalin (maksimum 365 kali)
5. KHAIRAT KEMATIAN (Dana pengurusan jenazah, masa tuntutan 24jam waktu bekerja)
6. PAMPASAN KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN (diberi kepada waris)
7. PAMPASAN KEMATIAN BIASA (diberi kepada waris)

*IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC (menabung sambil perlindungan anak)
(ibu bapa pembayar sumbangan dan penerima dana atau pampasan yang sah jika berlaku sebarang kemungkinan)
1. DANA PENYAKIT KRITIKAL (40 jenis penyakit kritikal)
2. HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH
3. HILANG UPAYA SEPARA KEKAL (berdasarkan peratusan% hilang upaya)
4. ELAUN HARIAN HOSPITAL (mengikut hari, sebarang sebab (maksimum 365 kali)
5. KHAIRAT KEMATIAN (Dana pengurusan jenazah, masa tuntutan 24jam waktu bekerja)
6. PAMPASAN KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN (diberi kepada pembayar)
7. PAMPASAN KEMATIAN BIASA (diberi kepada pembayar)

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (minimum UPSR=5A, PMR=7A dan SPM=7A) RM100 setiap satu A jika menepati syarat minimum…

SUMBANGAN BULANAN DIKECUALIKAN JIKA PEMBAYAR :-
1) Meninggal dunia…
2) hilang upaya kekal menyeluruh…
3) Ditimpa 39 penyakit kritikal...
(untuk ketiga-tiga pengecualian sumbangan di atas, anak tetap mendapat manfaat tempoh matang dan manfaat perlidungan anak)
Manfaat lain ialah dapat BERAMAL JARIAH dengan konsep tabaru’(derma) dalam Dana At-Ta’awuni… PELEPASAN CUKAI maksimum sehingga RM6,000 I.S.T dan RM3,000 untuk I.E.T.C tertakluk kepada sumbangan KWSP. MUDARABAH(perkongsian keuntungan)
“TINGGALKAN KELUARGA ANDA DENGAN SEDIKIT KESENANGAN LEBIH BAIK DARIPADA MENINGGALKAN MEREKA DALAM KEADAAN MEMINTA-MINTA”
(HADIS RIWAYAT BUKHARI)
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :‘ 1/3 daripada pendapatan hendaklah kamu simpan , 1/3
hendaklah kamu gunakan dan 1/3 lagi hendaklah kamu peruntukan untuk amal jariah’
( Hadis riwayat Ibnu Madjah )
ini bukan kontrak asal polisi, sila rujuk kepada kontrak polisi untuk maklumat terperinci atau hubungi saya (perunding takaful ikhlas anda untuk maklumat lanjut)

Wednesday, April 29, 2009

KONSEP TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
DALIL KERJASAMA
Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

DALIL TANGGUNGJAWAB
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam al- Bukhari dan Imam Muslim)
Muslim yang sebenar (Mu'min) dengan Muslim yang lain (Mu'min) diibaratkan seperti bangunan di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain. (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

DALIL SALING MELINDUNGI
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) Berasaskan hadith di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

MEMAHAMI KONTRAK TAKAFUL
Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis 'Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru' (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.